Internship Part 1

Assalammualaikum.

Hai. Sambil sis cerita experience masa sis intern dulu, sambil tu sis akan share tips-tips yang berguna untuk dijadikan reference. Untuk part 1 ni sis share persiapan sebelum internship.

1.   RESUME


Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah RESUME!. Resume ni pula bukan ada satu jenis je kat dalam dunia ni, ada banyak jenis dan format yang boleh kita pilih ikut kesesuaian. Format resume berbeza bergantung kepada jenis pekerjaan dan level pemohon. Level pemohon yang kita nak bincang sekarang ni ialah internship resume. Resume untuk internship lebih simple daripada resume yang lain. Sebab? Internship resume tidak fokus kepada experience sebab memeang tak ada experience. haha. Tapi kalau ade experience kerja itu dah kira bonus. Fokuskan pada skill yang kita ada, software atau tools yang kita dah mahir and masukkan sekali subjek yang korang ambil di IPT.





Sis punya resume simple sangat. Sis senaraikan level pengajian and subjek yang sis ambil dekat IPT dulu. Tapi yang paling penting dalam resume sis, sis nyatakan skil-skil yang ada pada sis and software or tools yang sis dah biasa guna. Majikan kalau nak cari budak intern, bukannya dia nak yang keluar dari IPT je dah boleh buat semua kerja. Memang takkan jumpa la sampai bila-bila. Kebanyakan majikan pentingkan attitude and effort kita untuk intern dekat company. Staff yang tengok resume candidate pun akan lebih bersemangat bila tengok resume simple and clean.

Sesetengah IPT, lecturer diaorang memang sangat baik hati sediakan template resume untuk student supaya student dia boleh copy and paste je resume tu. Nampak tak betapa sayangnya lecturer dekat student. Kalau tak hargai lagi tak tahulah. Tapi sis terfikir juga, kalu 100 student pakai template yang sama, tak ke peluang nak diterima tu semakin berkurang??? Try to be different. Serlahkan diri sikit lebih dari yang lain. Make effort search template yang lain, barulah lain dari orang lain.

2.   Organisasi/Tempat

Tempat pun sangat penting, cari company yang location dia memang korang tak ada masalah nak pergi balik. Jangan jadi macam sis, apply company jauh dari rumah. Ingatkan tak dapat, tapi bila dapat ternganga kejap fikir pasal transport. haha. Kadang-kadang company tu memang dah sesuai sangat dengan citarasa tapi location dia pula dekat hujung dunia. So, pandai-pandailah buat pilihan. Kalau nak juga company yang jauh-jauh tu, jangan lupa cari rumah or bilik sewa. Kalau yang ada transport maybe tak ada masalah nak pilih tempat, bagi yang tak ada transport pilihlah rumah or bilik sewa yang dekat dengan KTM or yang ada perkhidmatan kenderaaan awam.





Nak cari company pula seboleh-bolehnya carilah company yang related dengan course yang kita ambil. Jangan pula belajar seni tapi minta dekat company kewangan. Pastikan company tu memang ade department yang berkaitan dengan course yang kita belajar. Kalau tak memang sis-sia belajar bertahun dekat IPT tapi intern luar bidang. Lepas dah habis intern, kena cari kerja pula. Kalau intern di tempat yang related dengan course kita, untung-untung kalu performance bagus boleh terus sambung kerja dekat situ. Tak payah susah-susah fikir nak cari kerja.

Sesetengah company, dia akan gunakan sebaik-baiknya budak intern dekat company tu untuk buat semua kerja. Ada member sis yang kena stay up sampai malam buat kerja, ada yang overnight tau. So, pemilihan tempat and organisasi tu sangat penting yer.

3.   Interview

Sesetengah company memang akan interview walaupun untuk internship, so jangan ambil mudah. Interview untuk internship pula bukan macam interview biasa. Interviewer hanya nak tahu tentang latar belakang candidates, apa yang kita belajar masa dekat IPT and memang interview berdasarkan resume kita. Dia akan tanya soalan berpandukan resume je sebab kita tak ada experience kerja, so dia nak tanya apa kan? hehe. Lagi satu, interviewer akan uji kita dengan beberapa situation. Dia akan bagi beberapa situation dekat kita and dia akan minta kita bagi solution and pendapat.





Contohnya situation macam ni. Salah seorang team member tak dapat nak siapkan task yang diberi dalam masa yang telah ditetapkan. Apa yang perlu anda lakukan sebagai project manager?
Lebih kurang macam ni. Jangan panik dulu. Ada teknik nak jawab soalan macam ni. Korang just bagi solution seolah-olah benda ni berlaku dalam group assigment korang masa dekat IPT dulu. Memang confirm ada member korang yang tak buat kerja masa group assignment dulu. So, korang bagi je solution berpandukan group assignment korang tu. Asalkan jawapan tu positive and tak mengarut.

Bagi yang lepas tak ade interview tu untung la...


Part 2


No comments:

Post a Comment