Mengenali Jenis Kulit Wajah

Assalammualaikum kepada semua gadis cantik, comel, ayu, berseri dan yang sewaktu dengannya. Tak lupa juga kepada mereka yang merasakan semua ciri-diri dekat atas tiada pada dirinya.

Kali ini Mis S akan berbincang mengenai kulit muka kita. Mis S tahu hampir semua wanita di luar sana memakai makeup sama ada di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ada lagi ke wanita yang tak pakai makeup zaman sekarang ni? Tak ada punyalah. Paling kurang pun pakai bedak asas. Bedak asas pun dah dikira sebagai makeup. Tapi sebelum tu, you all pasti ke semua alat kosmetik yang you all pakai tu sesuai dengan kulit muka you all? Macam mana nak tau sesuai ke tidak? Haaa, kalau nak tahu kenalah kenal dulu jenis kulit muka you all.




Kulit adalah organ tubuh yang paling luar pada tubuh manusia dan mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk memperbaiki diri sendiri ketika terluka. Kulit yang sihat juga mencerminkan pemiliknya yang sangat mementingkan penjagaan diri sendiri. Kalau nak dapatkan kulit yang sihat, cantik, gebu, langkah pertama kenalah kenal pasti keadaan kulit kita.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sekarang kita akan lakukan ujian untuk kenal pasti jenis kulit muka kita. Ujian ni bukan ujian macam dekat sekolah tu yer, tak perlu kena jawab soalan bagai, apa yang you all kena buat, lepas bangun dari tidur waktu pagi, ambil kertas tisu dan menyeka kulit muka you all. Menyeka? Tak tahu menyeka tu macam mana? Meh nak bagitau. Menyeka tu sama macam kesat muka you all atau lap muka you all dengan kertas tisu tu. 

Apa yang ada dekat kertas tisu lepas you all lap muka tulah yang menentukan kulit muka you all dalam kategori apa. Jom tengok hasilnya.

1. Kulit Normal

 

 

 

Tengok tisu yang you all guna tadi, kalau tak ada kesan minyak, maksudnya kulit muka you all termasuk dalam kategori kulit normal. Kulit you all rasa lebih lentur dan kenyal. Bersyukurlah bila kulit you all kulit normal sebab kulit normal adalah jenis kulit yang jarang bermasalah. Kulit normal kelihatan bersih, halus dan memerlukan rawatan penjagaan yang minimum. Kulit you all akan kelihatan sihat dan bersih walaupun pada usia 30 ke atas. Sukalah tu dapat kulit normal??? -_-

2. Kulit Kering

 

 

 

 Kalau jenis kulit kering, tisu yang you all guna juga bersih dari kesan minyak. TAPI! Kulit muka you all rasa macam kering, kulit keras dan mungkin menggelupas lepas kesat dengan tisu. Kulit jenis kering ni mudah didatangi jerawat dan mempunyai masalah liang pori besar dan mengakibatkan penuaan kulit dan iritasi. Tapi jangan risau, kulit jenis ni masih kelihatan bagus pada usia muda, dan you all kena amalkan penjagaan kulit yang betul untuk nampak sihat di usia 30 keatas.

3. Kulit Berminyak

 

 

 

Untuk kulit jenis berminyak, tisu yang you all guna untuk lap di kawasan pipi, hidung dan kening akan meninggalkan bekas minyak. You all mesti dah sedia maklum kalau kulit berminyak ni merupakan kulit yang paling banyak bermasalah. Kulit berminyak selalunya kelihatan berkilat, berminyak dan pori-pori besar yang menyebabkan jerawat. Jangan sedih dulu, kulit berminyak ni sebenarnya ada kebaikannya juga. Kulit wajah yang berminyak sebenarnya dapat menyelamatkan kita daripada mengalami penuaan pada kulit. Maksudnya dekat sini, kalau kulit kita berminyak, nanti bila kita dah berusia kita tak akan mengalami masalah jeragat. Kulit kita tak akan cepat tua. Jeragat biasanya dialami oleh wanita yang berkulit kering. So, yang kulit berminyak ni jangan rasa iri hati dengan kulit kering ok!

Kulit berminyak dapat dirawat dengan membersihkan muka dengan berhati-hati, minimumkan makanan yang mengandungi karbohidrat. Yang paling penting! Jangan beli produk kecantikan yang 'creamy'.

4. Kulit Kombinasi

 

 

 

Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit kombinasi. Macam mana nak tahu kita kulit kombinasi? Masa you all lap muka dengan tisu pada bahagian hidung dan kening maka terdapat kesan minyak pada tisu, tapi pada bahagian pipi tidak terdapat kesan minyak. Kulit kombinasi adalah gabungan kulit kering dan berminyak, jenis kulit ni memerlukan penjagaan yang berbeza berdasarkan bahagian wajah. Bahagaian yang kering seperti pipi dan sekitar mata perlu dirawat dengan produk yang kaya dengan cream, mouturizer. Untuk bahagian yang berminyak seperti kening dan hidung perlu dirawat dengan membersihkannya dengan air yang bersih.

5. Kulit Sensitif

 

 

 

Kulit sensitif biasanya kulit yang sangat kering. Kulit sensitif akan kelihatan berwarna merah pada beberapa bahagian. Warna merah tersebut juga terasa nipis dan gatal. Untuk kulit jenis ni, you all perlukan rawatan yang ekstra. Kalau perlu, dapatkan rawatan daripada doktor muka.

Sekarang you all dah tahu jenis kulit muka masing-masing, jadi lepas ni senanglah nak pilih nak beli pencuci muka yang mana, bedak asas yang mana. Lepas ni Mis S akan kongsikan pula macam mana kita nak tahu bedak asas mana yang sesuai untuk jenis kulit kita. Jangan lupa follow.

 


 


 

No comments:

Post a Comment